Ahad, 29 Mei 2011

Bersara Umur 60 Tahun???

Salam...Hari ni aku terpanggil untuk meluahkan apa yang bermain di benak otak yang terkurung dalam tempurung kepala ni. Baru-baru ni terdengar suara dalam penjawat awam yang mengatakan CUEPACS sibuk nak mintak kerajaan lanjutkan tempoh bersara ke umur 60 tahun. Aduh!!...Aduh!!...Apa benda semua ni wahai peneraju CUEPACS? Dulu dah elok umur persaraan 56 mintak naik kepada 58. Sekarang nak 60 tahun pulak. Cuba la rasional sikit dengan umur 58 tahun pun dah menyebabkan negara terpaksa menerima beban kenaikan tahap pengangguran.  Adakah peneraju di dalam CUEPACS tidak memikirkan kesan kepada anak-anak mereka sendiri (kalau tak nak pikir pasal anak orang lain) yang akan menjadi penganggur terhormat bila peluang kerja semakin menipis? Aku juga penjawat awam. Aku tak mahu kerana umur persaraan aku disambung kepada umur 60 tahun (kalau la panjang umur) menyebabkan anak-anak aku merempat untuk cari kerja. Ini belum lagi masuk bab-bab yang berkaitan dengan tindakan dan membuat keputusan pada umur 60 tahun. Dah ramai masuk zon nyanyuk masa tu. Haru beb, kerja tunggang langgang. Kalau jadi bos pulak, dah tentu ari ni bagi arahan lain, esok lain pulak yang diarahkan! Lagi kacau kalau arahan berubah 7, 8 kali dalam sehari. Kepada kerajaan terutama Y.A.B Perdana Menteri, jangan terima umur persaraan 60 tahun. Negara perlu sentiasa terisi dengan idea dan tindakan yang maksimum dari penjawat awam yang segar supaya landasan ke arah negara maju (Wawasan 2020) sentiasa berada dalam posisi yang betul.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Salam Siber......

Assalamualaikum w.b.t......
Hari ini aku cuba untuk menjadi seorang blogger. Aku cuba untuk mengimbangi dan melangkau seiring zaman, menjadi 'pandai' dengan dunia siber, melayani perkembangan anak-anak yang lahir bersama komputer yang moden. Dengan adanya blog sendiri mungkin akan memberi ruang untuk menulis tentang Suatu Kehidupan, yang sudah pasti terlalu banyak dengan lakonan-lakonan diri sendiri dalam merentas usia menikmati pengalaman dan mengiktibarkan pengajaran. Mungkin akan ada sesuatu yang mampu untuk dikongsikan bersama di alam siber bagi mencari suatu pengertian dalam membuat kesimpulan bagi melaksanakan suatu keputusan.
Setiap manusia punyai Suatu Kehidupan, di dalamnya bersulamkan warna-warna yang menjadi inti kepada setiap perbuatan, percakapan, tingkah laku serta pemikiran yang diilhamkan. Semua ini dirangkumkan di dalam satu jasad yang dicipta olehNya Yang Maha Esa..terlalu Agung Kuasa Mu Ya Allah di atas diri ini, di dalam Suatu Kehidupan. Susus atur perjalanan bermula hari pertama dilahirkan ke bumi ini sehinggalah sekarang, terlalu banyak diri berubah dan beralih watak. Semacam suatu pengaturan berlandaskan suatu latar cerita di dalam sebuah episod. Semua ini aku sedar. Perubahan watak tetap berlaku. Itu yang pasti!...Aku yakin orang lain juga adalah serupa....namun berlainan dalam Suatu Kehidupan.